Monday 17 October 2011

PENGGUNAAN TEKNIK PSIKOMETRIK DALAM PEMILIHAN KERJAYA

Ujian Minat Kerjaya
Satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran kerja(Nowak 1986). Contoh ujian  minat ialah Vocational Preference Inventory(VPI), Self Directed Search(SDS), Strong –Campbell Interest Inventory(            SC11), Inventori Minat Kerjaya Sidek(IMKS), Borang Minat Rothwell-Miller(BMRM) dan Kuder Preference Records-Vocational(KPRV).
Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal pasti potensi individu daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference Inventory(VPI) dan Self- Directed Search(SDS) misalnya boleh digunakan untuk mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional(C). 

Ujian Personaliti
Alat ukuran untuk menentukan sejauh mana seseorang itu mempunyai tret-tret atau cirri lain-lain dengan mengukur persamaannya gerak balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret atau cirri-ciri berkenaan(Shertzer & Linden, 1979). Contoh ujian personality Minnesota Multiphasic Personality Inventory(TSCS), Junior Eysenck Personality Inventory(JEPI), Inventori Personaliti Warna(IPW) DAN Inventori Personaliti Sidek(IPS).
Digunakan oleh kaunselor kerjaya untuk mengenalpasti tret-tret personality yang wujud dalam diri individu. Ianya berkaitan dengan personality Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian dan Kejujuran(Sidek Mohd Noah, 1999)


UJIAN NILAI PEKERJAAN
Satu alat ukuran yang digunakan untuk mengukur pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negative atau neutral berdasarkan keutamaan masing-masing(Nowak, 1986). Contoh ujian nilai pekerjaan ialah Super’s Work Values Inventory(WVI), Minnesota Importance Questionnare(MIQ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS).
Nilai-nilai tersebut ialah kategori kontrak (manusia, data, benda), kategori hubungan (pembantu, alturisme, pemimpin, autonomi), kategori fungsi (intelektual, kreatif, kejayaan, organisasi) , kategori ganjaran ( keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan, keselamatan, kategori cita rasa (kebudayaan , agama), kategori monotori (kepelbagaian aktiviti).

UJIAN PENCAPAIAN
Satu alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian individu dalam mata pelajaran tertentu(Nowak, 1986). Contoh ujian pencapaian ialah ujian yang dikendalikan oleh guru di sekolah sama ada ujian bulanan, penggal atau semester yang meliputi ujian pencapaian Matematik, Kimia, Biologi, Fizik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi. Ujian Pencapaian selalu dilaksanakan di sekolah dengan guru yang mengajar mata pelajaran itu sendiri menyediakan soalan-soalan ujian.


Model gaya individu dan persekitaran pekerjaan mengikut Holland


Tema
Gaya Individu
Persekitaran Pekerjaan
Realistik
Individu agresif, lebih menyukai tugas-tugas yang konkrit daripada abstrak, asasbya kurang bersosial, interaksi interpersonal yang lemah
Pekerjaan-pekerjaan mahir seperti juruelektrik, operator mesin, juruteknik mahir seperti mekanik motor, pelukis pelan dan pekerjaan perkhidmatan
Investigatif
Individu yang intelek, abstrak, analitik, berdikari, kadang-kadang radikal dan berorientasi tugas
Kerja-kerja saintifik seperti pakar kimia, fizik dan matematik, juruteknik seperti juruteknik makmal, pekerja elektronik dan pengatur cara computer.
Artistik
Individu imaginative, menilai tinggi estetik, ekspresif, bebas dan agak ekstrovert
Pekerjaan seperti pelukis, ahli muzik, penulis artikel, skrip drama, novel, pemimpin orchestra, juruukur dan pereka fesyen.
Sosial
Lebih menyukai interaksi sosial, berkaitan dengan sosial, agama, orientasi kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan pendidikan.
Kerja pendidikan seperti pendidik, pentadbir pendidikan dan professor, kerja kebajikan, ahli sosiologi, kaunselor dan jururawat.
Enterprising
Individu ekstrovert, agresif, suka mengembara, suka peranan memimpin, pandai memujuk, mahir dan pandai menggunakan perkataan.
Kerja-kerja pengurusan seperti pengurus jualan, pengurus personel dan pengurus pengeluaran. Kerja-kerja penjualan seperti jurujual kereta, insuras dan hartanah.
Conventional
Individu praktikal, dapat mengawal diri, suka bersosial, konservatif, menyukai tugas-tugas berstruktur dan mematuhi peraturan yang disediakan.
Kerja-kerja pejabat dan perkeranian, kerani kaunter, kerani fail, penyimpan kira-kira dan penyambut tetamu.

Tuesday 4 October 2011

Panduan bagi Ibu Bapa/Guru Berkaitan Kerjaya

Langkah-langkah sebagai panduan :-

1. Memahami definisi kerjaya dan panduan pemilihan dan perancangan kerjaya
2. Mengetahui minat dan kecenderungan individu (pelajar/anak)
3. Penggunaan alat psikometrik berkaitan kerjaya kepada individu (pelajar/anak)
4. Membuat analisis keputusan Ujian Psikometrik dan menerangkan kepada individu terlibat
5. Perundingan diantara kaunselor bersama individu (pelajar) dengan ibu bapa untuk mencapai persetujuan   pemilihan
6. Menilai pro dan kontra pemilihan yang dilakukan. 

Teori Kerjaya Holland


Berdasarkan Ujian Psikometrik yg dilakukan anda tidak akan tersalah pilih lagi kerjaya pada masa akan datang!
 
    1.     REALISTIK
            (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)                                 
    1. CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.
    1. SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
    1. TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
    1. ORIENTASI
Penglibatan secara langsung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
    1. PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
    1. BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.

2. INVESTIGATIF -  (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
    1. CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesimistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
    1. SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
    1. TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
    1. ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
    1. PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
    1. BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

    3.    ARTISTIK -  (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)

            a)     CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
    1. SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
    1. TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan pentadbiran, manipulasi data.
    1. ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.
    1. PEKERJAAN
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
    1. BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

 4. SOSIAL -  (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)

        a)     CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggungjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
    1. SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
    1. TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
    1. ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
    1. PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi
    1. BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING -  (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

        a)     CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, cergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
    1. SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
    1. TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
    1. ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
    1. PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.
    1. BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

6. KONVENSIONAL -  ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

        a) CIRI-CIRI
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
    1. SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.
    1. TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
    1. ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.
    1. PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.
    1. BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
    1. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.

sumber diperolehi dari : http://members.tripod.com/maklumat_ppd/kerjaya.htm

Konsep Pemilihan Kerjaya


  • Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
  • Kepuasan kerja dan  hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
  • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
 MASALAH PEMILIHAN KERJAYA 
  • Seseorang tidak ada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjaya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat.
  •  Seseorang tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
  • Kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI DALAM PEMILIHAN KERJAYA
  • Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
  • Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
  • Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

Monday 3 October 2011

Selamat Datang

Salam 1 Malaysia,

Pemilihan kerjaya sering berubah-ubah seiring dengan peningkatan usia dan pertambahan maklumat serta pengalaman hidup. Mungkin ada antara kita yang masih ingat dialog seperti ini semasa kecil:

"Apa cita-cita kamu?"
"Dah besar nanti nak jadi apa?"
Mungkin yang bertanya itu cikgu, mak, ayah, kawan-kawan dan sebagainya. Maka jawapan yang diberi juga pelbagai.

Persoalan utama disini, siapakah yang membantu anda membuat keputusan dan seterusnya merancang cita-cita tersebut sehingga dapat direalisasikan?
Atau adakah anda hanya mengikut arus, tangkap muat atau terikut-ikut sahaja?
Menurut kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh, pemilihan sesuatu kerjaya disebabkan beberapa faktor:
i) kombinasi minat
ii) kebolehan
iii) pengaruh suasana ekonomi
Tetapi hal ini boleh berubah disebabkan faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja.

Maka, kewujudan blog 'Laman Kaunseling Kerjaya' ini diadakan bagi membantu anda mendapatkan maklumat terkini berkaitan kerjaya. Panduan dalam pemilihan kerjaya yang terbaik serta bersesuaian dengan individu turut menjadi tumpuan. Blog ini sesuai untuk sesiapa sahaja.

Semoga anda menemui apa yang dicari. ^_^