- Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
- Kepuasan kerja dan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
- Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
MASALAH PEMILIHAN KERJAYA
- Seseorang tidak ada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjaya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat.
- Seseorang tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
- Kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.
STRATEGI DALAM PEMILIHAN KERJAYA
- Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
- Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
- Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.
No comments:
Post a Comment