Salam 1 Malaysia,
Pemilihan kerjaya sering berubah-ubah seiring dengan peningkatan usia dan pertambahan maklumat serta pengalaman hidup. Mungkin ada antara kita yang masih ingat dialog seperti ini semasa kecil:
"Apa cita-cita kamu?"
"Dah besar nanti nak jadi apa?"
Mungkin yang bertanya itu cikgu, mak, ayah, kawan-kawan dan sebagainya. Maka jawapan yang diberi juga pelbagai.
Persoalan utama disini, siapakah yang membantu anda membuat keputusan dan seterusnya merancang cita-cita tersebut sehingga dapat direalisasikan?
Atau adakah anda hanya mengikut arus, tangkap muat atau terikut-ikut sahaja?
Menurut kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh, pemilihan sesuatu kerjaya disebabkan beberapa faktor:
i) kombinasi minat
ii) kebolehan
iii) pengaruh suasana ekonomi
Tetapi hal ini boleh berubah disebabkan faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja.
Maka, kewujudan blog 'Laman Kaunseling Kerjaya' ini diadakan bagi membantu anda mendapatkan maklumat terkini berkaitan kerjaya. Panduan dalam pemilihan kerjaya yang terbaik serta bersesuaian dengan individu turut menjadi tumpuan. Blog ini sesuai untuk sesiapa sahaja.
Semoga anda menemui apa yang dicari. ^_^
No comments:
Post a Comment