Menganggur atau membuat kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan adalah satu isu semasa yang melanda semua lapisan masyarakat terutama golongan graduan. Sekarang ini, terdapat lebih kurang 60,000 graduan yang menganggur.dan bilangan ini dijangkakan akan meningkat pada setiap tahun.
Mengapa di negara kita masih menghadapi masalah ini sedangkan negara kitasedang rancak membangun. Adakah ini kesilapan pengurusan industry pendidikan? Atau mungkin kesilapan pelajar dalam membuat pemilihan jurusan? Atau adakah kesilapan ibubapa dalam membuat pilihan pendidikan untuk masa hadapan bagi anak-anak mereka? Di manakah kesilapannya?
Malangnya tiada jawapan mudah bagi persoalan di atas, tetapi kita harus memberikan perspektif kepada isu ini agar kita (graduan) dapat membantu diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jangalah mengharap pada jampi atau serapah yang akan dapat merubah diri anda atau menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata. Ingatlah, bahawa ini semua adalah permulaan bagi kita dalam mengatur kerjaya dengan mengambil langkah mencari penyelesaian. Ingat "Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama".
Salah Tanggapan Pertama: "Saya mesti ada pekerjaan."
Adakah kita inginkan pekerjaan ataupun memerlukan pendapatan? Robert Kiyosaki, seorang penulis buku kewangan peribadi dan cara membina kekayaan, di dalam salah satu bukunya ada bertanyakan "Apakah yang lebih penting, mempunyai pekerjaan atau pendapatan?"
Jika kita mencari pekerjaan, maka pilihan kita menjadi terhad. Tetapi sekiranya kita inginkan pendapatan, terdapat banyak perkara / benda yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pendapatan.
Salah Tanggapan Kedua: "Saya mesti bekerja dalam bidang yang saya pelajari. Jika tidak, buang masa sahaja bertahun-tahun belajar."
Semasa saya belajar di Amerika Syarikat, saya telah berkenalan dengan seorang pelajar dari negara kita. Beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Awam. Beliau juga sudah berumur dan juga seorang yang matang. Saya pernah bertanya beliau, pengkhususan apa yang beliau pilih dalam Kejuruteraan Awam.
Boleh teka apa yang beliau jawab?! Beliau jelaskan bahawa beliau tidak berminat dalam jurusan Kejuruteraan Awam, tetapi beliau ingin menceburi di dalam bidang fotografi. Pada masa itu, saya juga mempunyai fahaman, "anda buat apa yang anda pelajari". Apabila datang seseorang memberitahu saya
sesuatu perkara yang lain dari apa yang saya pelajari, maka semakin keliru saya memikirkannya. Oleh kerana, beliau minat mengambil gambar-gambarberbentuk senibina seperti bangunan dan jambatan, beliau berpendapat,
mempelajari Kejuruteraan Awam membolehkan beliau lebih menghayati reka bentuk bagaimana sesebuah bangunan ataupun jambatan itu dibina. Ini membolehkan beliau mendapatkan gambar-gambar yang lebih baik dan menarik. Semuanya itu berlaku pada tahun 1982. Apa yang menariknya, ada sesuatu yang
membuatkan saya terfikir kata-kata beliau; pergi ke sekolah cuma senaman minda sahaja. Sama seperti senaman jasmani untuk kesihatan, jadi pergi ke sekolah satu cara minda kita bersenam. Apa yang boleh saya katakan, beliau adalah seorang yang berpandangan jauh.
Salah Tanggapan Ketiga: "Kamu tidak perlu menyukai apa yang kamu buat /
lakukan. Ianya cuma kerja."
Ramai graduan muda kita dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan untuk memperolehi pendapatan, lupa bahawa kita perlu gembira dengan kerja yang kita lakukan untuk memperolehi hasil yang terbaik. Saya pernah terbaca dalam sebuah majalah "Ketahui apa yang terbaik yang anda suka lakukan, dan
dapatkan seseorang untuk membayar apa yang anda lakukan" – Katherine Whiteborn.
Tukang masak tersohor Malaysia, Chef Wan, bermula sebagai seorang akauntan, tetapi memilih untuk menjadi seorang tukang masak. Saya meminati cara beliau mengajar memasak di kaca televisyen dengan cara yang bersahaja dan *spontan. * Seandainya beliau masih membuat akaun, beliau akan menjadi seorang akauntan yang dikelilingi berbagai masalah kerja. Tetapi hari ini, beliau adalah seorang tukang masak yang bejaya dan terkenal seantero dunia dan sentiasa senyum sambil melangkah riang menuju ke bank.
Ada begitu banyak yang ingin saya catatkan berkaitan Salah Tanggapan. Kita akan mendalami setiap satu dan bagaimana mengatasinya serta mencari jalan penyelesaiannya.
Mengenal pasti masalah adalah separuh daripada jawapan kepada jalan
penyelesaiannya.
Rujukan: http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg20591.html
No comments:
Post a Comment