Tahukah Saudara?
· Tahukah saudara yang semua kita dikurniakan bakat dan kelebihan semula jadi?
· Tahukah saudara yang bakat semula jadi jika tidak dibangunkan secara sedar, ada kemungkinan bakat itu boleh terbiar dan terpendam dalam diri saudara sampai bila-bila?
· Tahukah saudara, bakat dan kelebihan semula jadi saudara, jika dibangunkan secara sistematik bakal menjadi sumber kejayaan, kecemerlangan da keseronokan dalam hidup.
· Tahukah saudara, jika bakat seseorang dibangunkan dengan ilmu, kemahiran dan persekitaran yang baik, ia adalah pengalaman belajar yang paling berkesan dan kekal dalam hidup seseorang?
Apakah Itu Bakat?
· Keupayaan atau kemampuan semula jadi. Ia adalah satu bentuk berfikir, perasaan ataupun perilaku yang mampu membuat sesuatu aktiviti berhasil apabila diaplikasikan. Jika saudara seorang yang bijak bergaul, ia adalah bakat. Jika saudara berkebolehan belajar sesuatu pelajaran dengan mudah, itu adalah bakat. Jika saudara seorang yang pandai menyanyi, itu juga adalah bakat. Tidak kira apa pun paten perilaku ataupun pemikiran saudara, ia adalah bakat jika perkara itu mampu menghasilkan sesuatu yang produktif.
· Bagaimana dengan perilaku negative, adakah ia juga bakat? Jawapannya adalah, YA. Selagi ia mampu membantu saudara menghasilkan kerja dengan produktif, ia adalah bakat. Contohnya seperti sifat degil. Ia juga adalah bakat. Walaupun ia kelihatan negative tetapi ia satu anugerah apabila digunakan dengan betul. Bakat itu dapat membantu saudara supaya sentiasa cekal dan ‘degil’ bagi mencapai sesuatu.
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالاحساء